Wednesday, January 14, 2009

Bahasa Murut Tagol Pensiangan



Sebelum kita pergi Pensiangan Sabah, ada baik baca dulu adat resam, budaya dan bahasa orang Murut Tagol Pensiangan, walaupun tidak banyak sikit sikit faaham jadilah.


BAHASA MURUT TAGOL PENSIANGAN
******************************************

Pensiangan sebuah pekan kecil dalam daerah Keningau Sabah. Pensiangan bersempadan dengan Indonesia. Perjalanannya selain jalan darat kesatu distinasi menghubungi kampung kampung, ada juga terpaksa menggunakan perahu melalui sungai menuju kebeberapa buah kekampung dipedalaman dari Pensiangan.Penduduk kampungnya majoriti terdiri dari suku Murut tagol, bukan beragama Islam. Penghidupan mereka cuma menanam padi diatas bukit bukit, sejenis beras wangi yang dinamakan beras tugal. Ada juga yang berkerja dikem kem kayu balak, selain itu mereka juga minat memburu binatang dihutan. Memburu adalah satu tradisi orang Murut tagol sejak zaman British lagi.

Bahasa harian mereka adalah bahasa Murut tagol, tapi kini ada juga yang sudah boleh berbahasa Malaysia. Bangsa lain seperti Dusun, Cina dan ada juga sedikit orang Islam, terdapat juga dikampung kampung dan dipekan Pensiangan.Budaya orang Murut tagol adalah minum tapai bila ada hari keramaian dan kematian. Gong dipalu ada atikanya, irama bunyi gong bila kematian lain dengan hari keramaian perkawinan berlainan iramanya.Biasanya bila kematian orang Murut, satu minggu mereka memalu gong, ramai keluarga sanak saudara hadir. Tubuh badan mendiang dimasukkan disebuah tajau besar, dengan berpakaian yang cantik cantik, dan mendiang juga sediakan rokok yang sudah berpasang dimulutnya. Itu adalah satu budaya orang Murut turun temurun.

Setiap rumah orang Murut ada sebuah sumpitan. Anjing adalah satu kemestian mereka pelihara, gunanya untuk memburu binatang dihutan.Bahasa penghormatan kita kepada mereka ialah: Kayam= ertinya sahabat Munsoi= ertinya bagus Kando= ertinya tiada Giu= ertinya disana Ruando= ertinya perempuan Jabulau= ertinya monyet Kalo munsoi BN kayam, ertinya tidak bagus BN sahabat. Munsoi PKR kayam= ertinya PKR bagus sahabat. Kalo mengukot ukuh== ertinya, anjing itu tidak menggigit Atan-intor munu kayam?== ertinya Dari mana kau datang sahabat? Intorku giu disindaop kayam== ertinya, saya datang dari seberang sahabat.
Saya boleh berbahasa Murut Timogon Melalap Tenom, bahasa Murut Rumbis Kemabong Tenom dan bahasa Murut Tagol Pensiagan. Tiga bahasa Murut dari satu suku Murut seperti Timogon, Rumbis dan Tagol, cuma slang sahaja yang berlainan.

HZ

2 comments:

Anonymous said...

maklumat yg amat baik

Anonymous said...

Bagus maklumat yang Datuk kongsikan. Dimana sudah sahabat Datuk, si Matin Masrah Datuk? Terima kasih.