Saturday, January 24, 2009

Prgoram Pemeriksaan Kesihatan 24.01.09 - II


Sambutan orang kampung Sepanggar program kesihatan memeriksa tekanan darah tinggi dan tahap diabetes orang kampung sekaligus berkempen mendapatkan ahli ahli PKR yang baru. Hampir semua ahli ahli baru PKR Sepanggar adalah ahli ahli UMNO yang hanya di dekati dan perlukan oleh pemimpin pemimpin UMNO tatkala Pilihan Raya Umum sahaja. Selepas BN Sabah menang Pilihan Raya Umum ke12 yang lalu lalu, mereka berkata "Kau kau dan aku aku lah", lalu jambatan, tongkat dibuang.



Ketua Bahagian Sepanggar Datuk Halik Zaman dan AJK-nya terus berusaha dari rumah kerumah untuk memeriksa kesihatan penduduk penduduk kampung Sepanggar dengan tidak mengenal penat lelah hujan dan panas serta haus dan lapar.
Kata Datuk Halik, "Jangan sekali kita amalkan amalan bila Pilihan Raya Umum sahaja kita dodoikan orang kampung dan bila calon PKR sudah kalah, kita pun menghilangkan diri, bila YB. Dato' Seri Anwar datang ke Sabah, kita kasi nampak muka kita sahaja. Kita mesti dekati pengundi kalah atau menang, itu belakang kira."


Di tiap tiap rumah yang dilawati oleh Ketua Bahagian dan AJK-nya begitu ramai sambutan dari ahli ahli UMNO Sepanggar sekali gus mereka mendaftar jadi ahli PKR.



"Darah puan tinggi, ada kencing manis pula, saya nasihatkan puan pergi hospital berjumpa doctor dan periksa sekali lagi dengar doctor dan minta nasihat doctor", kata Datin Noor Diana Mohd.Razis menasihati.

No comments: