Kalau hari ini saya masih lagi menjadi seorang ahli UMNO, maka hari ini juga saya keluar dari menjadi ahli UMNO. Keyakinan saya sudah luntur terhadap pemimpin pemimpin UMNO. Bila kalah saja Pilihan Raya Kecil di Kuala Trengganu, harapan masa depan saya hancur lebur, harapan anak cucu saya berkecai. Saya terus menyesal kenapa saya mesti pilih UMNO sebagai wadah perjuangan politik saya. Kata Pak Lah Perdana Menteri Malaysia, "BN pasti menang Pilihan Raya Kecil Parlimen di Kuala Trengganu, kerana BN sebuah parti yang kuat".
KOMEN HALIK: Betul kah? Kalau UMNO itu cukup kuat, kenapa UMNO kalah pilihan raya kecil di Permatang Pauh?
Kata Najib: "Permatang Pauh adalah kubu kuat Anwar Ibrahim."
KOMEN HALIK: Kerajaan Negeri Kuala Trengganu adalah Kerajaan BN, kerusi Parlimen Kuala Trengganu adalah kerusi BN, tapi Pilihan Raya Kecil di Kuala Trengganu BN kalah teruk, masih lagi kuat BN kah? Dan Kuala Trengganu bukan lah "kubu kuat Anwar." Apa alasan Najib bahawa UMNO itu sebuah parti yang kuat yang saya boleh percaya? JOM- kita ramai ramai masuk PKR, jangan tunggu hingga perahu BN karam. Masuk PAS pun ok.
Pengundi hari ini sudah tidak mampan lagi digertak, diugut dan diumpan dengan gula gula getah lagi. Pengundi hari ini sudah cukup pintar: Kasi duit ambil, kasih kain batik/kain pelikat ambil, kasi zink, plywood, project, mereka ambil, tapi undi mereka tetapi menolak BN. Pensiangan Keningau Sabah pula yang bakal diadakan satu lagi Pilihan Raya Kecil Parlimen. Mungkin bulan Mac 09. Kerusi parlimen yang sudah jadi tradisi kerusi Parlimen Pensiangan adalah kepunyaan BN. Pilihan Raya Kecil itu diadakan berikutan dengan bantahan PKR diMahkamah Kota Kinabalu berikutan keputusan PRU12 calon Parlimen PKR dibatalkan oleh SPR.
Keputusan Mahkamah diKota Kinabalu bahawa PKR menang perbicaraan tersebut. BN merayu pula ke Mahkamah Rayuan yang akan bersidang di Kota Kinabalu pada 15-2-09 yang akan datang. Mari kita ajar lagi BN dalam Pilihan Raya Kecil Pensiangan. Kalau BN kalah lagi dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Pensiangan Sabah, apa lagi kata Najib?
No comments:
Post a Comment