Wednesday, January 14, 2009

Sorong Papan Tarik Papan V.1

Pak Lah nampak sangat menggelabah. Kata Pak Lah 16/9 suatu impian dan pembohongan DSAI. Konon DSAI cuma main wayang Hindustan sahaja. Dalam masa yang sama, Najib arahkan Syafie Abdal ambil tanda tangan "Aku Janji" untuk YB. BN. supaya taat setia kepada pucuk pimpinan UMNO. DSAI terus buat suspen.Sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu, suruh makan YB. pun makan,Suruh tanda tangan, ada pula YB. tak mahu. Pak Lah dan Najib betul betul tertekan, hingga susah nak tidur, DSAI terus main teka tekinya. Kata Pak Lah, lompat parti suatu yang tidak bermoral dan tidak beretika. Kata Anwar pula, mereka bukan nak lompat parti, cuma nak berhijrah sahaja.
Tanda tanda ada berlakunya "penghijrahan" itu, kalau tidak, masakan berlakunya tanda tangan "aku janji?" Kalau tidak masakan berlakunya melawat sambil belajar keTaiwan, dalam bulan puasa lagi? Kenapa Pak Lah jumpa Duli Yang Maha Mulia Yang DiPerrtuan Agong? Walaupun Pak Lah meyakinkan rakyat, bahawa berjumpa dengan Agong itu, satu perkara biasa berjumpa memberi tahu perkembangan negara setiap bulan. Tapi pada rakyat satu perkara yang anih? Kenapa bulan lalu, tak pula penah Pak Lah buat laporan bulanan kepada Agong? Tidak pun pernah masuk media cetak dan tv?
KENAPA PKR JADI CABARAN UMNO?Kalau dulu sebelum PRU12 PKR dianggap oleh UMNO, semacam debu didaun keladi sahaja. Malah PKR dan DSAI selalu mendapat jolokkan sebagai manusia perasan yang hanya bermimpi disiang hari sahaja. Tidak ada seorang pun pemimpin pemimpin UMNO percaya bahawa PKR boleh dapat kerusi parlimen dalam PRU12. Mereka under estimate dengan PKR dan overlook dengan pengaruh DSAI. Hari ini DSAI bukan sahaja ditakuti oleh semua pemimpin pemimpin UMNO tapi beliau juga menghantui disetiap minda pemimpin pemimpin UMNO, lebih lebih lagi Hamid Albar dan Rais Yatim, kalau boleh tangan DSAI pun mahu dicium mereka selalu.
Kebalnya DSAI dari semua tokmahan UMNO yang lahir dari manusia yang berbangsa Melayu dan berugama Islam. Setiap malam nampak dalam tv Saiful memegang Al-Qur'an bersumpah laknat bahawa dia diliwat. Keaiban, penghinaan, keji, cerca,sirna dan aniaya dilemparkan keatas manusia yang bergelar Anwar Ibrahim, setiap malam dan hari. Kerana kuasa, kerana wang ringgit Anwar dicampakkan keperigi buta.Malunya dia, sakitnya dia, Allah swt. sahaja yang maha tahu. Disini lah letaknya cobaan Allah keatasnya, di-aminkan dengan senyuman oleh DSAI. Astagfirullah Alazim, sampainya hati orang Melayu pemimpin pemimpin UMNO? Berhati besi kah mereka?
Jawatan Perdana Menteri Malaysia, bukan lah suatu hadiah kepada DSAI tetapi beliau deserve untuk mendapatkannya sebagai satu cenderahati atas bintang bintang penghinaan yang DSAI terima selama ini, itu pun tidak berbaloi.
HZ

No comments: