Saturday, January 17, 2009

PAS Menang...

KUALA TERENGGANU 17 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) menerima kekalahan parti itu pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu hari ini dengan hati terbuka.
KOMEN HALIK:
DiPermatang Pauh kata Najib, "Itu kubu kuat Anwar" kami sudah jangka. Bagaimana di Kuala Trengganu? ........Negeri Trengganu dikuasai oleh BN, kerusi Parlimen pun kerusi BN. Dulu Mac 08 BN cuma mojoriti 620 undi, sekarang PAS majoriti 2,631. (Kalau Kerajaan BN/UMNO dah 2 kali kalah dalam pilihanraya kecil, ini bererti kata orang China Feng Shui tidak mari, kata orang Melayu, " UMNO sial 44".
Najib gagal memberi alasan munasabah. Alasan yang paling tepat "pengundi Melayu sudah muak dengan UMNO dan Najib.'
NAJIB: Beliau menegaskan, BN akan terus melipatgandakan usaha bagi mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap perjuangan parti itu dengan melakukan apa sahaja yang perlu untuk memulihkan imej.
KOMEN HALIK: Pendapat saya, "Najib mesti test the market" bubar Kerajaan BN, untuk kaji, ada kah orang sokong Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia atau tidak?" Mungkin juga kekalahan BN di Kuala Trengganu itu satu protes untuk Najib jadi Perdana Menteri, mana tahu?
NAJIB: "Walaupun ini satu halangan kepada BN, kita kena ambil serius keputusan ini. Kita patut kaji sedalam-dalamnya hala tuju parti ini pada masa akan datang," katanya pada sidang akhbar di Seri Iman di sini malam ini.
KOMEN HALIK: Ini bererti UMNO selama ini tidak ada halatuju sudah 51 tahun dah memerintah?
NAJIB: Katanya, parti akan melakukan kajian sedalam-dalamnya dan bila sampai masanya akan menentukan arah tuju yang sepatutnya.
KOMEN HALIK: Pendapat saya orang Melayu sudah tolak UMNO bulat bulat. NAJIB: Beliau percaya keputusan tersebut tidak akan memberi kesan kepada BN pada pilihan raya umum akan datang.K
KOMEN HALIK: Kalau sudah Kerajaan BN kalah dalam pilihanraya kecil, ini bererti PRU nanti UMNO sudah tiada harapan untuk dipilih oleh rakyat lagi. UMNO sudah tidak releven lagi untuk orang Melayu. Sebelum karam kapal UMNO, ahli ahli UMNO, naik lah kapal PKR.
HZ

No comments: