Tuesday, January 13, 2009

Calon BN Kalah di Kuala Terengganu



CALON BARISAN NASIONAL KALAH DIKUALA TRENGGANU
Oleh Halik Zaman




Apa kata Najib dan semua pemimpin pemimpin UMNO jika calon UMNO kalah Pilihan Raya Kecil di Kuala Trengganu? Apakata semua ahli ahli UMNO di Malaysia jika UMNO kalah lagi dalam pilihanraya kecil Kuala Trengganu? Ada kah Najib sekali lagi menyatakan bahawa kekalahan calon BN di Kuala Trengganu itu, "sudah di ramalkan?" Pilihan Raya Kecil di Permatang Pauh yang baru lalu, BN kalah teruk, Najib memberi alasan, "Permatang Pauh kubu kuat Dato Seri Anwar Ibrahim".

Bagaimana kalau calon BN kalah diKuala Trengganu? Apa alasan Najib lagi? Kuala Trengganu, Kerajaan Negeri dan Pusat adalah Kerajaan Barisan Nasional, tapi kalau kalah pula dalam Pilihan Raya Kecil di Negeri Minyak pada 17-1-09, apa anggapan rakyat kepada UMNO? Dengan kekalahan PRK Kuala Trengganu itu nanti, ada kah semua ahli ahli Parlimen BN yang ada sekarang ini sedar bahawa UMNO sudah tidak releven lagi, tempat orang Melayu berharap untuk berpayung? "Sebelum terlambat, ahli ahli parlimen BN lebih baik, sebelum hujan, cari payung" yang paling selamat dalam Pakatan Rakyat.

Walau pun berbillion RM Kerajaan taburkan kepada rakyat Trengganu, namun pengundi tetap waras memilih PAS sebagai wakil parlimen untuk rakyat Kuala Trengganu. Ada beberapa sebab pengundi Kuala Trengganu akan menolak calon UMNO yang berlambangkan dacing itu, antaranya : Kos hidup rakyat melambung tinggi tidak dapat dibendung oleh Kerajaan BN, harga kelapa sawit dan harga getah menjunam turun, kos bayaran sekolah kanak kanak melambung tinggi, tambang bas sekolah terus naik, Negeri Trengganu kaya dengan hasil minyak petrol tapi rakyatnya miskin dan ada yang papakedana.

Hari ini Najib dan pemimpin pemimpin UMNO baru sedar, bila ada pilihanraya kecil, maka peruntukan projek pun mereka taburkan untuk meraih simpati dari pengundi Kuala Trengganu, kalau bukan pilihanraya kecil, maka pengundi Kuala Trengganu pun terus dilupakan. Rakyatnya lagi miskin. Kalau betul niat Najib untuk menolong rakyat memberikan projek pembangunan yang adil dan sama rata kepada semua Negeri Negeri dalam Malaysia, kenapa tidak Perlis? Kenapa tidak Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah dan Sarawak? Dan kenapa Kuala Trengganu yang kebetulan ada PRK baru projek membantu rakyat melimpah rauh?


HZ

No comments: