Sampai bila orang Melayu mesti takut haknya dicabuli, oleh orang bukan Melayu? Sampai bila orang Melayu tidak percaya haknya dipelihara, dalam Perlembagaan Persekutuan?Soalannya: Mungkin kah orang Melayu memikirkan,hanya orang Melayu seperti Pak Lah, Najib, Hishammdin, Hamid Albar, Sharir Samad, Rais Yatim, Mohd. Taib, mesti ada dalam cabinet, maka baru lah hak orang Melayu dan bumiputra itu, betul betul terjamin?
Kekalutan minda orang Melayu dan bumiputra dikampung kampung, sangat menguntungkan pemimpin pemimpin UMNO atasan, untuk terus memperalatkan orang Melayu bawahan dengan perasaan ketakutan demi mengekalkan kuasa orang Melayu atasan, memegang kuasa executive Kerajaan berterusan dan rasuah pun berlaku dengan berleluasan.Pemimpin pemimpin Melayu atasan dalam UMNO, terus menafikan karisma, wibawa, ketokohan dan aura pemimpin Melayu dalam PKR dan PAS, kononnya mereka sebagi agen menjual hak orang Melayu, tapi hakikatnya pemimpin pemimpin atasan UMNO itu, takut kedudukkan mereka tergugat maka hancurlah harapan mereka, membahagi bahagikan project kepada kroni dan khadam khadam mereka.Sebagai orang Melayu dan Islam, pemimpin pemimpin seperti Dato Seri Anwar Ibrahim, Dato Seri Tok guru Haji Hadi Awang dan Dato Seri Tuan Guru Nik Aziz, percayakah orang Melayu, bahawa mereka ini pengkhianat kepada bangsa Melayu , Agama dan Negara mereka?
Kerajaan Pakatan Rakyat 5 buah Negeri, tidak boleh diambil kira, sebagai sudah boleh berjaya menolong mengatasi masalah rakyat, dengan alasan apapun sekali, selagi Kerajaan Pusat masih dikuasai oleh UMNO bersama bonekanya Barisan Nasional, selagi itu lah mereka masih bertanggungjawab penuh, tentang kenaikkan kos hidup rakyat dan kemahalan harga minyak petrol.Jalan yang paling baik sekali, kita tukar sahaja Kerajaan BN. Baru dapat jawapannya, Pakatan Rakyat baik atau tidak?Segala ikhtiar atau dengan kuasa rakyat DSAI dan Pakatan Rakyat berusaha mengambil alih kuasa excutive kepimpinan dalam Kerajaan dengan ertikata, Kerajaan Pusat dibawah tadbiran Pakatan Rakyat. InsyaAllah.
HZ
No comments:
Post a Comment