Tuesday, January 13, 2009

Siapa Taukey dalam PKR ?




Kalau pun YB Dato' Seri Anwar Ibrahim jadi Pengerusi Perhubungan Negeri Sabah, bukan bermakna YB.Dato' Seri Anwar Ibrahim mahu jadi Ketua Menteri Sabah bila menang PRU13 nanti. Sangkaan ini salah. YB.Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak layak jadi Ketua Menteri, beliau hanya layak jadi Perdana Menteri Malaysia sahaja. Dalam PKR Sabah, bukan senang nak cari pemimpin No1 Negeri, tiada pilihan yang tepat, kalau nak pilih si-A maka si-B pula buat ragam, kalau pilih si-B, si-A pula ber-angin kus kus.

Pemimpin politik PKR di Sabah memang banyak, tapi masalahnya "jangan kan layak jadi Pengerusi Perhubungan Negeri", nak menang jadi calon PRU pun tidak berjaya. ( Patut lah kedai jual cermin muka banyak dah tutup, sebab tiada orang yang nak guna, untuk cermin muka sendiri.) Untuk kemenangan PKR dalam PRU di Sabah, pilihan yang paling tepat sekali adalah YB.Dato' Seri Anwar Ibrahim. Memilih Pengerusi Perhubungan Negeri biarlah grassroot yang menentukan, bukan Ketua Ketua Bahagian PKR yang mempunya blok A dan B. kalau Ketua Ketua Bahagian PKR yang memilih Pengerusi Perhubungan Negeri, pasti PKR akan lingkup sekali lagi dalam PRU Negeri nanti.

PKR diterima oleh grassroot di Sabah, kerana kewibawaan, karisma, keterampilan dan yang paling utama 'kemampuan' YB.Dato' Seri Anwar Ibrahim mendodoi PKR diseluruh Malaysia. Kerana sebab YB.Dato' Seri Anwar lah, maka grassroot mula percaya kepada kepimpinan PKR di Malaysia dan Sabah, tanpa YB.Dato' Seri Anwar Ibrahim maka kekuatan PKR Sabah sama macam tahun 1998 sahaja. Ada pemimpin politik Kelas 3 di Sabah menulis surat : Kalau Pengerusi Perhubungan Negeri dipilih dari Semenanjung, maka ia sama macam cara UMNO dulu, pilih Allahyarham Tun Ghafar Baba jadi Pengerusi Perhubungan Negeri Sabah dari Semenanjung.
Pendapat sebegini menggalakkan cara berkabilah, kalau tak nak ikut cara UMNO, kenapa anda mahu diwujudkan Perhubungan Negeri? Itu pun ikut cara UMNO juga kan?. Kalau ikut cara PAS lain pula, ia dipanggil "Pesuruhjaya PAS Negeri. Itu tentunya tidak ikut cara UMNO..Kan? Saya begitu kagum dengan grassroot di Sabah, mendengar sahaja berita yang Dato' Seri Anwar Ibrahim dilantik oleh Presiden sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri Sabah, mereka rata rata tidak kira bangsa dan ugama , secara bulat bulat terima YB.Dato Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi BPNS yang baru, mereka rata rata berkata, "kali ini baru lah tidak ada lagi perebutan kuasa dalam BPNS, semua akan kerja keras untuk kemenangan PKR di Sabah."
Soal YB.Dato' Seri Anwar Ibrahim jadi Pengerusi Perhubungan Negeri, jika ada Ketua Ketua Bahagian PKR yang tidak suka, mungkin mereka itu dari golongan yang berkabilah, kerana mereka lupa bahawa "nadi" PKR itu adalah lahir dari wibawa, karisma, keterampilan dan "kemampuan" YB.Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk memberi nafas PKR selama ini, Kalau bukan Dato' Seri yang "mampu" memberi nafas kepada PKR, siapa lagi yang mampu? Jangan lupa bahawa YB.Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah "Taukey Besar" dalam PKR.

Dia bukan sahaja PBPNS tapi beliau adalah Taukey PKR. (Mesti mahu ingat, buat parti politik bukan dengan lidah dan gigi sahaja parti boleh kuat). Kalau ada individu yang temberang, yang tidak suka YB.Dato' Seri Anwar Ibrahim jadi pengerusi Perhubungan Negeri Sabah, bererti individu itu memang tidak suka PKR. Tentunya individu itu juga tidak suka masuk BN? Kerana BN pun memang tidak suka pada mereka.( Saya pasti, mereka tidak bertempat dalam politik Sabah). Bagai mana kalau mereka pilih Pasok? Atau Parti Setia? Kedua dua parti politik itu yang calonnya tidak pernah tidak hilang deposit dalam PRU. Itu pun kalau ada duit, kalau suara besar poket kosong ,buat apa? Siapa mahu ikut?

HZ

No comments: