Tuesday, January 13, 2009



Pilihanraya Kecil Kuala Trengganu


Dari tafsiran physcology, kalau kalah sahaja calon UMNO/BN di Kuala Trengganu, rakyat Kuala Trengganu pasti akan mendapat benefit yang paling besar sekali dari Kerajaan BN. Bila kalah sahaja calon UMNO dalam pilihanraya kecil Kuala Trengganu nanti, sudah pasti Najib akan mengarahkan satu, postmortem apa puncanya rakyat masih lagi merosot kepercayaan rakyat Trengganu kepada kepimpinan baru UMNO yang akan ditarajui oleh Najib selepas Mac tahun ini. Dalam postmortem kekalahan UMNO nanti, tentu lah berpunca dari harga kos hidup rakyat miskin melambung tinggi, walaupun minyak sudah turun tapi kemiskinan rakyat Trengganu tidak ada perancangan


Kerajaan BN untuk mendapatkan formula bagi membantu menaikkan taraf hidup rakyat Trengganu. Kalau pun ada perancangan Kerajaan BN tidak lebih dari membuat korrido multi media untuk orang orang kaya sahaja. Masalanya: Berapa orang kaya pengundi di Kuala Trengganu kalau dibandingkan pengundi orang miskin? Kalau kalah sahaja calon UMNO maka bantuan Kerajaan BN kepada rakyat Trengganu akan melimpah ruah untuk ambil hati rakyat Kuala Trengganu, pasti rakyat Kuala Trengganu akan jadi anak emas UMNO. Hanya semata mata untuk ambil hati sahaja. Najib sekali lagi meng-highlight-kan ada perpecahan dalam Pakatan Rakyat yang memberikan peluang besar kepada UMNO untuk menang pilihan raya kecil di Kuala Trengganu, tapi Najib lupa perpecahan besar dalam BN masih lagi kritikal, luka hati ahli ahli Parti Gerakan, ahli ahli MIC dan ahli ahli MCA masih belum terubat kerana pemimpin pemimpin UMNO yang selalu mencapkan mereka sebagai orang asing di Malaysia.


Pemimpin pemimpin UMNO meng-highlight-kan pasal harga minyak sudah murah, tapi kenapa mereka tidak cakap kepada rakyat bahawa harga minyak kelapa sawit dan getah menjunam turun pada hal kelapa sawit dan getah adalah mata pencarian rakyat miskin untuk hidup hari ini dan masa depan rakyat Trengganu? Pengundi rakyat Kuala Trengganu, kalau mahu penghidupan orang miskin berubah, jangan undi BN, kalau rakyat Kuala Trengganu undi juga BN maka Najib berpuas hati bahawa rakyat Trengganu sudah dapat terima calon BN kerana mereka sudah puas hati dan senang dengan bantuan Karajaan BN hari ini yang alah kadar itu. Ikut stail pengundi Permatang Pauh, kasih duit ambil, kasih bantuan zink, pom air, mesen rumput, kain batik/pelikat ambil sahaja, kalau Kerajaan bantu membina rumah rumah murah untuk rakyat Kuala Trengganu, ambil sahaja, apa sahaja yang diberikan oleh Kerajaan BN, ambil sahaja, tapi undi tetap pada calon PAS.


HZ


P/S - Tau tau PAS bisa buat kejutan.

No comments: