Friday, January 30, 2009

Saya Hilang Keyakinan....

Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara pun tak nak banyak komen kepada wartawan, bila ada rakyat mati dalam tahanan pihak polis.
Secara pribadi, saya dah hilang keyakinan kepada kewibawaan pihak polis pasal kematian A.Kugan. PKR seluruh Malaysia sangat bersimpati dengan keluarga A.Kugan, kami sebagai pemimpin PKR di Sabah, mengucapkan takziah kepada keluarga A.Kugan.
HZ

Rakyat Dapat Apa...??

Jika kos hidup rakyat terus melambang, kemiskinan rakyat pedalaman kritikal, harga sawit menurun, harga getah pula merundum, apa yang mesti rakyat miskin nak buat?Kos hidup yang melambung tinggi, bukan sahaja rakyat dipendalaman rasai malah rakyat dalam bandar pun mengeluh resah. Tiada tempat nak mengadu, tiada payung tempat berteduh.
Ini salah siapa? Ini dosa siapa? Jawabnya Kerajaan BN tidak prihatin kepada rakyatnya. Menteri Menteri UMNO/BN mana rasa derita rakyat, kerana mereka serta serbi ada allowance dari Kerajaan.Apa rakyat perlu buat? Nak marah siapa dengar. Gaji pekerja tidak cukup makan, siapa ambil perduli? Dah kering air liur Dato Seri Anwar, Tok Guru Haji Hadi Awang, beri tahu pengundi, undi lah Pakatan Rakyat, semua dapat ditangani kalau Pakatan Rakyat dapat memerintah Kerajaan Pusat. Walau pun rakyat beri kepercayaan beberapa buah Negeri tapi itu tidak cukup, kalau bukan memerintah Kerajaan Pusat.
Rakyat mesti belajar jadi 'orang pintar' dalam semua Pilihan Raya, kalau UMNO/BN kasi apa sahaja, sekalipun project, ambil sahaja tapi undi tetap pada Pakatan Rakyat. Selagi UMNO/BN yang perintah Malaysia maka selagi itu lah harga sara hidup rakyat, terus melambung tinggi.......Percaya lah.Kroni UMNO dan Pegawai Tinggi Kerajaan tak kisah kos hidup melambung tinggi sebab mereka selalu loaded. Gaji Pegawai Kerajaan besar, dan kroni? lagi loaded. Tau Tau Lah kerja kroni.
Kita kena fikir, anak anda nak makan apa...??

Saturday, January 24, 2009

AJK yang banyak berjasa



Pada 24-1-09
YB.Dato Seri Anwar Ibrahim
Assalamualaikum
JASA MEREKA MINTA YB. DATO' SERI KENANG
Nama nama AJK dibawah ini telah membuat kerja kerja sukarela, rekomendasi saya, kiranya ada Negeri Negeri Kerajaan PR memberi bintang bintang penghormatan Negeri, jangan dilupa lah nama nama dibawah ini yang berkerja sukarela untuk PKR dan PR supaya jasa mereka juga dikenang. Mereka adalah : Rajman Parman, Sulaiman Aladad, Danial Rigay, Hajjah Saukinah, Datin Noor Diana Mohd.Razis, Muhamat Abdul Rahman, Suhaila Jubrine, Hassan Bin Ahmad, Salleh Husin, Prisila Molison, Normidah Karim, Saileh Sawee, Norarizan Rahman, Satar Haji Abdul Rahman.
HZ

Prgoram Pemeriksaan Kesihatan 24.01.09 - III


Di masjid Menggatal rombongan Ketua Bahagian PKR juga tidak ketinggalan dijemput untuk memeriksa kasihatan penduduk-penduduk kampung. Rombongan PKR Bahagian Sepanggar disambut dengan penuh kemesraan oleh orang kampung.
Lawatan rombongan kasihatan PKR Sepanggar ini baru minggu pertama dan kali pertama, dijangka lawatan kali kedua nanti kehadirannya diluar jangkaan.

Turut serta dalam rombongan kasihatan adalah Pengerusi BIRO Program dan Latihan Encik Danial Rigay(duduk di tengah dan berbaju T-Shirt hitam).



Naib Ketua Bahagian Sulaiman Aladad dan Hjh. Saukinah dan Prisila Molison (AJK) Normidah Karim, Norarizan Rahman, Suhaila Jubrin dan Rajman Parman juga turut bersama dari rumah ke-rumah memberi penerangan betapa pentingnya orang kampung menjaga kesihatan, PKR Sepanggar satu satunya Bahagian yang mempunyai BIRO Kesihatan yang sedang bergerak.


Datuk Halik Zaman bergambar dengan sahabat sahabat lamanya dalam UMNO dulu yang kini telah bersama sama dalam PKR Sepanggar setelah dilancarkan kempen mencari ahli ahli baru PKR Sepanggar yang giat dilancarkan.


Menyelam sambil minum air, begitulah strategy BIRO Kesihatan berkempen mempengaruhi ahli ahli UMNO yang hardcore. Dengan ceramah penerangan Ketua Bahagian PKR Datuk Halik Zaman, akhirnya cair juga mereka lalu mendaftar nama menjadi ahli PKR Sepanggar.

Prgoram Pemeriksaan Kesihatan 24.01.09 - II


Sambutan orang kampung Sepanggar program kesihatan memeriksa tekanan darah tinggi dan tahap diabetes orang kampung sekaligus berkempen mendapatkan ahli ahli PKR yang baru. Hampir semua ahli ahli baru PKR Sepanggar adalah ahli ahli UMNO yang hanya di dekati dan perlukan oleh pemimpin pemimpin UMNO tatkala Pilihan Raya Umum sahaja. Selepas BN Sabah menang Pilihan Raya Umum ke12 yang lalu lalu, mereka berkata "Kau kau dan aku aku lah", lalu jambatan, tongkat dibuang.



Ketua Bahagian Sepanggar Datuk Halik Zaman dan AJK-nya terus berusaha dari rumah kerumah untuk memeriksa kesihatan penduduk penduduk kampung Sepanggar dengan tidak mengenal penat lelah hujan dan panas serta haus dan lapar.
Kata Datuk Halik, "Jangan sekali kita amalkan amalan bila Pilihan Raya Umum sahaja kita dodoikan orang kampung dan bila calon PKR sudah kalah, kita pun menghilangkan diri, bila YB. Dato' Seri Anwar datang ke Sabah, kita kasi nampak muka kita sahaja. Kita mesti dekati pengundi kalah atau menang, itu belakang kira."


Di tiap tiap rumah yang dilawati oleh Ketua Bahagian dan AJK-nya begitu ramai sambutan dari ahli ahli UMNO Sepanggar sekali gus mereka mendaftar jadi ahli PKR.



"Darah puan tinggi, ada kencing manis pula, saya nasihatkan puan pergi hospital berjumpa doctor dan periksa sekali lagi dengar doctor dan minta nasihat doctor", kata Datin Noor Diana Mohd.Razis menasihati.

Prgoram Pemeriksaan Kesihatan 24.01.09















24-1-09 jam 10.00
Pengerusi BIRO Kesihatan Datin Noor Diana Mohd.Razis (isteri Halik Zaman) telah mengadakan proram kesihatan untuk memeriksa tekanan darah tinggi dan mengesan diabetes di Kampung Rampayan Sepanggar sekaligus mencari ahli ahli baru PKR. Gambar kelihatan Halik Zaman memerhatikan pemeriksaan yang dilakukan.















24-1-09
Ini adalah ahli ahli baru PKR yang telah keluar dari parti UMNO Sepanggar.















24-1-09
Ketua Bahagian PKR Sepanggar Halik Zaman dan isterinya Setiausaha Bahagian Datin Noor Diana Mohd. Razis memeriksa kesihatan penduduk kampung dari rumah kerumah sambil berkempen cari ahli baru PKR.















24-1-09
Kerja kerja memeriksa tekanan darah tinggi dan diabetes ini begitu mendapat sambut yang luar biasa dari Penduduk kampung Sepanggar.














24-1-09

Setelah 50 tahun berpisah Datuk Halik Zaman sejak remaja lagi bersahabat baik dengan Encik
Aliaman Osman orang yang paling kental UMNO dan hari ini berjumpa berpeluk peluk dengan
Halik Zaman, dalam masa 5 minit Aliaman Osman cair lalu mengisi borang PKR Sepanggar.

Saturday, January 17, 2009

Malu Jadi Ahli UMNO....!!!!

Kalau hari ini saya masih lagi menjadi seorang ahli UMNO, maka hari ini juga saya keluar dari menjadi ahli UMNO. Keyakinan saya sudah luntur terhadap pemimpin pemimpin UMNO. Bila kalah saja Pilihan Raya Kecil di Kuala Trengganu, harapan masa depan saya hancur lebur, harapan anak cucu saya berkecai. Saya terus menyesal kenapa saya mesti pilih UMNO sebagai wadah perjuangan politik saya. Kata Pak Lah Perdana Menteri Malaysia, "BN pasti menang Pilihan Raya Kecil Parlimen di Kuala Trengganu, kerana BN sebuah parti yang kuat".
KOMEN HALIK: Betul kah? Kalau UMNO itu cukup kuat, kenapa UMNO kalah pilihan raya kecil di Permatang Pauh?
Kata Najib: "Permatang Pauh adalah kubu kuat Anwar Ibrahim."
KOMEN HALIK: Kerajaan Negeri Kuala Trengganu adalah Kerajaan BN, kerusi Parlimen Kuala Trengganu adalah kerusi BN, tapi Pilihan Raya Kecil di Kuala Trengganu BN kalah teruk, masih lagi kuat BN kah? Dan Kuala Trengganu bukan lah "kubu kuat Anwar." Apa alasan Najib bahawa UMNO itu sebuah parti yang kuat yang saya boleh percaya? JOM- kita ramai ramai masuk PKR, jangan tunggu hingga perahu BN karam. Masuk PAS pun ok.
Pengundi hari ini sudah tidak mampan lagi digertak, diugut dan diumpan dengan gula gula getah lagi. Pengundi hari ini sudah cukup pintar: Kasi duit ambil, kasih kain batik/kain pelikat ambil, kasi zink, plywood, project, mereka ambil, tapi undi mereka tetapi menolak BN. Pensiangan Keningau Sabah pula yang bakal diadakan satu lagi Pilihan Raya Kecil Parlimen. Mungkin bulan Mac 09. Kerusi parlimen yang sudah jadi tradisi kerusi Parlimen Pensiangan adalah kepunyaan BN. Pilihan Raya Kecil itu diadakan berikutan dengan bantahan PKR diMahkamah Kota Kinabalu berikutan keputusan PRU12 calon Parlimen PKR dibatalkan oleh SPR.
Keputusan Mahkamah diKota Kinabalu bahawa PKR menang perbicaraan tersebut. BN merayu pula ke Mahkamah Rayuan yang akan bersidang di Kota Kinabalu pada 15-2-09 yang akan datang. Mari kita ajar lagi BN dalam Pilihan Raya Kecil Pensiangan. Kalau BN kalah lagi dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Pensiangan Sabah, apa lagi kata Najib?