PANDANGAN HALIK ZAMAN:
AGAK melucukan apabila Datuk Wira Ali Rustam mendakwa bahawa PAS dan PKR diperalatkan oleh DAP. Tetapi benarkah dakwaan Ali Rustam itu atau sebaliknya beliau takut ikatan Pakatan Rakyat terlalu kukuh. Ali mungkin lupa bahawa Maha Gurunya Mahathir pernah berkata, "Tidak ada musuh seumur hidup dan tidak ada kawan selama-lamanya". Kata kata hikmat Mahathir itu telah menjiwa seluruh parti politik Malaysia termasuk Pakatan Rakyat, tetapi cogankata itu dilupakan oleh pemimpin pemimpin UMNO sendiri. UMNO hanya menjadi kuat dengan mengamalkan sistem politik penjajah divide and rule 'pecah dan perintah'.
Mereka mahu memutuskan rantai yang mengikat perpaduan dalam Pakatan Rakyat kemudian setelah rantai itu putus, maka mereka menjajah mengikut acuan UMNO sebagaimana yang berlaku di Sarawak era Kalong Ningkan Ketua Menteri Sarawak pertama.Pucuk pimpinan Pakatan Rakyat wajib sedar selagi tidak ada tolak ansur dan persefahaman dalam memantapkan perpaduan Pakatan Rakyat, maka PAS, PKR dan DAP dari peringkat Negeri hingga ke peringkat Pusat akan menjadi pembangkang selama-lamanya. Ini pasti berlaku kalau pemimpin pmimpin PAS,PKR dan DAP terperangkap dalam acuannya. Kesedaran PAS, PKR dan DAP muncul untuk mewujudkan satu ikatan kukuh Pakatan Rakyat, maka Barisan Nasional pun mula merasa resah gelisah, gundah gulana.
Para pemimpin UMNO sudah pun membaca senario politik Malaysia bahawa Pilihanraya Umum Ke-13 Pakatan Rakyat akan menumbang Barisan Nasional dan mengambil alih teraju politik dan kerajaan Malaysia. By hook or by crook', UMNO/BN akan melakukan apa sahaja untuk 'merompak' Kerajaan Negeri yang diperintah Pakatan Rakyat sehingga sanggup memperalatkan Raja-Raja Melayu sebagai 'jenama baru politik' UMNO. Secara sedar UMNO sebelum ini pernah menghina Raja-Raja Melayu, namun berpura-pura lupa perbuatan derhaka mereka kepada institusi Raja Raja Melayu. Strategi utama UMNO/BN sekarang ialah cuba 'menarik unta ke lubang jarum' dan mengatur strategi melaga-lagakan pemimpin Pakatan Rakyat dengan Istana seperti mengarah skrip drama Laksamana Doremi di Perak, Sinetron Kereta Lembu dan Supermodel Eli di Selangor dan Skandal Titanic di Kedah, sehingga Sultan terperangkap di dalam 'penjara ciptaan UMNO dan Krisis Perlembagaan'. UMNO terus menggunakan khadam dan gurkha politiknya atau menggunakan sisa-sisa pemimpin Pakatan Rakyat yang berotak UMNO dengan melaga-lagakan Sultan dan Kerajaan Pakatan Rakyat melalui pelbagai cara termasuk 'surat layang' dan skrip drama Hindustan atas nasihat Datuk Shah Rukh Khan untuk sebuah filem epik 'Rajamana Hilang Istana?.
HZ
No comments:
Post a Comment