Thursday, March 12, 2009

Siapa Lantik Timbalan Pendakwaraya dalam kes Dato' Seri Anwar Ibrahim ?

SIAPA KAH YANG MELANTIK 3 ORANG TIMBALAN PENDAKWA RAYA KES ANWAR?
Keputusan 3 anggota panel bebas yang bertindak sebagai Timbalan Pendakwa Raya boleh bertindak sendiri memutuskan tuduhan Dato Seri Anwar Ibrahim kepada Abdul Gani Peguam Negara dan Musa Hassan Ketua Polis Negara memalsukan bukti keterangan siasatan kes kecederaan mata Dato Seri Anwar Ibrahim itu sebagai "No Case To Answer" atau lebih bermakna tidak ada prima facie.
Kita cuma diyakinkan sahaja oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Seri Nazri Aziz serta Ketua Pencegahan Rasuah Malaysia Dato Seri Ahmad Said Hamdan bahawa 3 orang Hakim Pension itu yang dijadikan Timbalan Pendakwa Raya adalah orang orang yang dihormati dan berwibawa serta disegani oleh rakyat. Timbul persoalan demi persoalan dihati kecil kita, kita telah ditonjolkan 3 orang Timbalan Pendakwa Raya berserta keputusan mereka, bila sudah diwujudkan Timbalan Pendakwa Raya, hati kecil kita bertanya, "Siapa hakimnya?" .
Boleh kah Timbalan Pendakwa Raya memutuskan bahawa Gani dan Musa tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah dalam insiden lebam mata Dato Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 tanpa dibicarakan dihadapan hakim? Kalau mereka bertindak sebagai hakim berkapasiti sebagai Timbalan Pendakwa Raya, kita perlu tahu dimana kah note of proceeding 3 orang Timbalan Pendakwa Raya yang dilantik oleh SPRM itu?
Ada kah note of proceeding itu menjadi rahsia kepada SPRM tanpa diketahui oleh si-Pengadu? Secara kasar kita pun tahu tugas 3 orang Timbalan Pendakwa Raya itu terdiri dari hakim hakim yang sudah pension untuk memberi andaian sama ada dakwaan Dato Seri Anwar itu berasas atau pun tidak, tapi bukan hak mereka menyatakan Gani dan Musa tidak bersalah kerana mereka tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah. Pada pandangan kita secara jelas SPRM tidak mahu mendakwa Gani dan Musa kemahkamah dan ini bukan lah bererti si-Pengadu tidak boleh mendakwa mereka kemahkamah civil.
Ada beberapa perkara yang meragukan keatas penyiasatan document bahan bukti Dato Seri Anwar Ibrahim oleh 3 panel apa yang dinamakan Timbalan Pendakwa Raya itu :
(a) Siapa yang melantik 3 orang penal Timbalan Pendakwa Raya?
(b) Kalau ada Timbalan Pendakwa Raya tentu ada hakimnya
(c) Ada kah andaian dari 3 orang Timbalan Pendakwa Raya itu sudah muktamad? Mungkin sahaja perlantikan 3 orang Timbalan Pendakwa Raya itu sekadar "penyiasat bebas bahan bukti"
Dato Seri Anwar Ibrahim sahaja dan bukan bertindak sebagai Pendakwa Raya dimahkamah? Kalau sekadar "menyiasat bahan bukti sahaja" tidak perlu mereka dinamakan Timbalan Pendakwa Raya, sudah cukup kalau mereka dinamakan sebagai "Penyiasatan Bebas Bahan Bukti" sahaja, agar ia tidak complicated. Keraguan juga timbul, kenapa kah SPRM melantik sendiri 3 orang Timbalan Pendakwa Raya itu? Tidak kah lebih berkecuali kalau disarankan sahaja kepada Perdana Menteri untuk membentuk satu Suruhanjaya Bebas terdiri dari Peguam Peguam Kanan dari swasta agar ia nampak benar benar bebas dari pengaruh SPRM? Kerana kewibawaan SPRM telah banyak diragui dan dipertikaikan oleh orang ramai yang SPRM 100% anti pembangkang?
HZ

Kalau BN Menang, UMNO bertambah SOMBONG dan BONGKAK lagi...

KALAU BN MENANG, UMNO BERTAMBAH SOMBONG DAN BONGKAK LAGI
Kos hidup rakyat terus melambang tinggi, kemiskinan rakyat pedalaman bertambah parah sudah ketahap kritikal. Harga sawit dan getah pula merundum, apa rakyat dan pengundi miskin nak makan? Sedang pengangguran anak anak muda Malaysia kian hari kian menjadi jadi. Bagaimana anak anak muda kita nak hidup? Mereka nak berumah tangga? Mereka nak beri persekolahan kepada anak anak mereka? Hingga kehari ini persoalan ini belum terjawab lagi oleh pemimpin UMNO. " Mesti kah anak anak muda, tunggu lama lama, nanti lama lama, anda jadi miskin papa-kedana?
Kos hidup rakyat melambung tinggi, bukan sahaja rakyat dipedalaman rasai malah rakyat dalam bandar pun mengeluh resah gelisah. Tiada orang tempat bicara. Tiada tempat nak mengadu, tiada payung tempat berteduh. UMNO/BN terus membisu. Bila perut sudah lapar, jangankan manusia, anjing pun pandai marah.
Kerajaan UMNO/BN tidak prihatin kepada rakyat dan pengundi, cuma musim meraih undi dipilihan raya sahaja mereka selalu mendakati rakyat, berjanji "itu dan ini semua ada". Habis pilihan raya lain pula bicara. Rakyat menuntut janji pilihan raya, jawab Menteri mesti ikut prosedure. Kalau tak percaya artikal ini, lihat sahaja nanti kempen Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang Perak dan Bukit Selambau Kedah, anda akan dengar disana nanti bertimbun timbun di kilang janji yang tidak akan diproses kandatipun habis Pilihan Raya Kecil Dua bukit.
Menteri Menteri UMNO/BN mana rasa derita rakyat dikampung, kerana Menteri Menteri UMNO serba serbi dapat percuma, ada allowance, ada pencen lagi dari Kerajaan untuk masa depan mereka. Rakyat dapat apa? Paling untuk dapat duit pilihan raya, tidak pun cukup untuk berapa tahun nak belanja anak isteri? Lepas Pilihan Raya Kecil Dua Bukit, penganggur terus menganggur, simiskin terus hidup tanpa pembelaan dari Kerajaan UMNO/BN. Kalau tak percaya juga, sebelum ini pun anda sudah rasai halatuju UMNO/BN buat kerja untuk kroni dan diri sendiri sahaja.
Gaji pekerja pun tidak cukup makan, kerana kos hidup rakyat tinggi terus menikam jiwa rakyat. Dato Seri Anwar Ibrahim, Tok Guru Haji Hadi Awang, Tok Guru Nik Aziz dan Husam Musa sudah beri tahu pengundi, undi lah Pakatan Rakyat, agar pemimpin pemimpin UMNO sedar, takut kepada rakyat dan jangan beri kemenangan kepada BN nanti UMNO akan lebih bertambah takbur dan bongkak lagi. Rakyat pun tidak dihormatinya lagi. Kalau calon BN kalah dalam Pilihan Raya Dua Bukit nanti, maka semua pengundi beruntung kerana UMNO/BN akan curahkan apa sahaja dikawasan pilihan raya yang mereka kalah, kata orang kampung "untuk ambil hati pengundi kembali."
Pengundi mesti belajar ajar calon BN, belajar jadi 'orang pintar' dalam semua pilihan raya, kalau UMNO/BN kasi apa sahaja, sekalipun project berjuta, ambil sahaja tapi undi tetap pada Pakatan Rakyat. Ingat, selagi UMNO/BN menang dalam setiap Pilihan Raya Kecil maka selagi itulah harga sara hidup rakyat, terus melambung tinggi dan anak anak muda terus menganggur. Pemimpin UMNO terus jadi sombong dan bongkak. Yang untung kemenangan BN dalam setiap pilihan raya adalah kroni UMNO project beratus juta dan Pegawai Tinggi Kerajaan tak kisah kos hidup melambung tinggi, sebab mereka selalu loaded gaji besar. Kroni UMNO loaded dengan beratus juta project besar. Pengundi kena fikir, anak anak anda nak makan apa selepas pilihan raya? Pengundi mesti ingat kepada orang yang tersayang. Akan lapar selama 4 tahun lagi.
HZ

Sampai Bila Rakyat dan Anak Muda Takut Merubah..?

SAMPAI BILA RAKYAT TAKUT?
Sampai bila orang MMelayu mesti takut haknya dicabuli oleh bangsa yang bukan Melayu dalam negara Malaysia? Sampai bila orang Melayu tidak percaya haknya dipelihara dalam Perlembagaan Persekutuan? Mungkin kah orang Melayu memikirkan hanya seperti Najib, Hishammdin, Hamid Albar dan Mohd. Taib berada dalam cabinet sahaja, maka baru lah hak orang Melayu dan bumiputra itu betul betul terjamin? Atau sekadar melayan nafsu mereka yang mahu jadi Menteri dalam kabinet untuk selama lamanya? Kekalutan minda orang Melayu dikampung, hanya menguntungkan pemimpin pemimpin UMNO atasan untuk mengekalkan kuasa mereka yang hanya mahu menolong diri sendiri, anak anak sendiri, saudara mara sendiri dan kroni dan khadam mereka.
Rasuah pun mengambil tempat penting disekitar pemimpin UMNO. Pemimpin Melayu atasan dalam UMNO terus menafikan karisma, wibawa, ketokohan dan aura pemimpin Melayu dalam PKR dan PAS, kononnya mereka sebagi agen menjual hak orang Melayu. Hakikatnya pemimpin atasan UMNO itu sendiri takut kedudukkan mereka tergugat maka hancurlah harapan mereka, membahagi bahagikan project kepada kroni dan khadam khadam mereka.
Sebagai orang Melayu dan Islam, pemimpin seperti Dato Seri Anwar Ibrahim, Dato Seri Tok guru Haji Hadi Awang dan Dato Seri Tuan Guru Nik Aziz dan Husam Musa, percayakah orang Melayu, bahawa mereka ini pengkhianat kepada bangsa Melayu , Agama dan Negara mereka? Kerajaan Negeri Negeri Pakatan Rakyat, tidak boleh dianggap, sebagai sudah berjaya sepenuhnya menolong mengatasi semua permasalahan rakyat, dengan alasan apapun sekali, selagi Kerajaan Pusat masih dikuasai oleh UMNO/BN.
Mereka bertanggungjawab sepenuhnya, tentang kenaikkan kos hidup rakyat dan pengangguran anak anak muda Malaysia. Cara yang paling baik sekali, rakyat dan anak anak muda Malaysia tukar sahaja Kerajaan UMNO/BN baru ada jawapannya, Pakatan Rakyat baik atau tidak? Segala ikhtiar dengan kuasa rakyat dan anak anak muda Malaysia dalam PRU13 Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa excutive kepimpinan dalam Kerajaan dalam ertikata Kerajaan Pusat dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat. InsyaAllah.
HZ

Pendatang Asing vs Bumiputra Tempatan

PEMIMPIN PEMIMPIN SEMUA PARTI
MESTI BUKA MATA DAN BERFIKIR
Ada beberapa perkara yang "Pendatang Asing" itu tidak baik berada dinegeri kita Sabah. Mereka datang cuma melepak, menganggur, peminta sedekah, mencuri, merompak dan membunuh warga Sabah.

Pendatang Asing yang baik, kedatangan mereka ke negari Sabah untuk cari makan, mereka tidak kisah kerja buruh kasar binaan, buruh kasar perladan, buruh kasar penternakan dan mereka berkerja tidak pula menuntut gaji besar.

Masalahnya: Ada kah Bumiputra Sabah sanggup menjadi buruh kasar binaan, buruh kasar perladangan, buruh kasar penternakan di Sabah ini?

Bumiputra Sabah, fail form three pun nak kerja paling kecil jadi kerani. Mereka tidak kepingin nak jadi buruh kasar.

Bumiputra Sabah tidak mahu jadi buruh binaan, susah nak bancuh simen, susah nak angkat simen takut kotor baju,susah nak angkat batu, berat sangat, susah nak angkat bata, susah nak potong besi. Jadi, nak cari siapa buat kerja binaan itu?

Bumiputra Sabah kalau pun nak jadi buruh kasar binaan, gaji mesti RM50 sehari berbanding dengan buruh kasar Pendatang Asing cuma RM18 sehari. Kalau anda jadi kontraktor, yang mana satu yang anda pilih Bumiputra atau Pendatang Asing?

Sama ceritanya jadi buruh kasar perladangan,penternakan dan sebagainya. Karenah Bumiputra Sabah keterlaluan, mereka suka kerja, mereka kerja lah, tak suka 7 hari cuti dan sanggup lepak dirumah.
HZ

Pemimpin UMNO gunakan Istana Kedah lagi....

PANDANGAN HALIK ZAMAN:
AGAK melucukan apabila Datuk Wira Ali Rustam mendakwa bahawa PAS dan PKR diperalatkan oleh DAP. Tetapi benarkah dakwaan Ali Rustam itu atau sebaliknya beliau takut ikatan Pakatan Rakyat terlalu kukuh. Ali mungkin lupa bahawa Maha Gurunya Mahathir pernah berkata, "Tidak ada musuh seumur hidup dan tidak ada kawan selama-lamanya". Kata kata hikmat Mahathir itu telah menjiwa seluruh parti politik Malaysia termasuk Pakatan Rakyat, tetapi cogankata itu dilupakan oleh pemimpin pemimpin UMNO sendiri. UMNO hanya menjadi kuat dengan mengamalkan sistem politik penjajah divide and rule 'pecah dan perintah'.
Mereka mahu memutuskan rantai yang mengikat perpaduan dalam Pakatan Rakyat kemudian setelah rantai itu putus, maka mereka menjajah mengikut acuan UMNO sebagaimana yang berlaku di Sarawak era Kalong Ningkan Ketua Menteri Sarawak pertama.Pucuk pimpinan Pakatan Rakyat wajib sedar selagi tidak ada tolak ansur dan persefahaman dalam memantapkan perpaduan Pakatan Rakyat, maka PAS, PKR dan DAP dari peringkat Negeri hingga ke peringkat Pusat akan menjadi pembangkang selama-lamanya. Ini pasti berlaku kalau pemimpin pmimpin PAS,PKR dan DAP terperangkap dalam acuannya. Kesedaran PAS, PKR dan DAP muncul untuk mewujudkan satu ikatan kukuh Pakatan Rakyat, maka Barisan Nasional pun mula merasa resah gelisah, gundah gulana.
Para pemimpin UMNO sudah pun membaca senario politik Malaysia bahawa Pilihanraya Umum Ke-13 Pakatan Rakyat akan menumbang Barisan Nasional dan mengambil alih teraju politik dan kerajaan Malaysia. By hook or by crook', UMNO/BN akan melakukan apa sahaja untuk 'merompak' Kerajaan Negeri yang diperintah Pakatan Rakyat sehingga sanggup memperalatkan Raja-Raja Melayu sebagai 'jenama baru politik' UMNO. Secara sedar UMNO sebelum ini pernah menghina Raja-Raja Melayu, namun berpura-pura lupa perbuatan derhaka mereka kepada institusi Raja Raja Melayu. Strategi utama UMNO/BN sekarang ialah cuba 'menarik unta ke lubang jarum' dan mengatur strategi melaga-lagakan pemimpin Pakatan Rakyat dengan Istana seperti mengarah skrip drama Laksamana Doremi di Perak, Sinetron Kereta Lembu dan Supermodel Eli di Selangor dan Skandal Titanic di Kedah, sehingga Sultan terperangkap di dalam 'penjara ciptaan UMNO dan Krisis Perlembagaan'. UMNO terus menggunakan khadam dan gurkha politiknya atau menggunakan sisa-sisa pemimpin Pakatan Rakyat yang berotak UMNO dengan melaga-lagakan Sultan dan Kerajaan Pakatan Rakyat melalui pelbagai cara termasuk 'surat layang' dan skrip drama Hindustan atas nasihat Datuk Shah Rukh Khan untuk sebuah filem epik 'Rajamana Hilang Istana?.
HZ