Tuesday, August 14, 2007

PKR Sepanggar siapsiagah hadapi pilihanraya

SEPANGGAR-Semua AJK Bahagian PKR P.171 Sepanggar diarah siapasiaga menghadapi pilihanraya umum Malaysia bila-bila masa saja dari sekarang. Pilihanraya telah sampai diambang pintu, setiap ahli PKR Sepanggar hendak bersedia meneguhkan keazaman untuk menukar Kerajaan UMNO/BN kepada Kerajaan Baru iaitu Kerajaan PKR. Demikian Ketua Bahagian PKR P.171 Sepanggar Datuk Halik Zaman memberi tahu AJK-nya dalam satu perjumpaan baru- baru ini.

Datuk Halik berkata, "Tujuan PKR untuk merampas Kerajaan dalam pilihanraya umum akan datang adalah setama-mata bertujuan murni untuk kepentingan rakyat demi untuk menurunkan kembali harga minyak, harga sara hidup rakyat dikampong-kampong yang kini begitu berat dipikul diatas bahu rakyat."

Halik menambah,"Anak-anak rakyat disekolah dibebani oleh tekanan-tekanan seperti yuran sekolah, baju dan seluar, buku-buku tax semuanya tertanggung keatas ibubapa yang tidak mampu memberikan biaya tersebut kepada sekolah-sekolah Kerajaan", tambah beliau lagi " UMNO/BN cuma bijak mengambil hati rakyat semasa dekat pilihanraya sahaja dengan memberikan rm300, sehelai kain, tangki air, pom air, mesin rumput, 20 kilo beras kepada rakyat, adakah pemberian tersebut boleh mencukupi kehendak rakyat selama 5 tahun menanti pilihanraya yang akan datang lagi?". Tanya beliau.

"Kalau ada wakil rakyat Sepanggar atau calon-calon UMNO/BN yang datang melawat anda dikampong-kampong dengan memberikan RM300, beras, pom air, plywood, papan, beruti, kain batik, mesen rumput dan segalanya, ambil sahaja tapi pastikan anda undilah pada calon-calon dari Parti Keadilan".Tegas Halik.

Bila ditanya mengenai kemasukan bekas Pengerusi PKR Perhubungan Negeri Sabah Datin Saidatul Tun Said keparti UMNO/BN baru-baru ini, Halik berkata, “PKR Sabah telah menjangka dan tidak mengejutkan dan adalah lebih baik beliau keluar dari PKR daripada menjadi musuh PKR dalam selimut.”

“Ketiadaannya dalam PKR sama sekali tidak akan menjejaskan PKR Sabah malah PKR akan bertambah kukuh dengan ketiadaan beliau yang dianggap selama ini beliau adalah sebagai duri dalam daging” kata Ketua Bahagian PKR Sepanggar itu lagi.





No comments: