Tuesday, August 14, 2007

PKR Sepanggar Akan Adakan Konvensyen Pilihanraya



Sepanggar-PKR Sepanggar akan menganjurkan satu konvensyen pada atau selepas bulan Ramadhan dan dijangka dua minggu selepas Hari Raya Aidil Fitri, demikian Ketua Bahagian PKR Sepanggar Datuk Halik Zaman dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Thema konvensyen tersebut adalah membincangkan kertas kerja persediaan untuk menghadapi cabaran pilihanraya umum yang akan datang dan persediaan-persediaan yang perlu dikemaskini agar setiap ahli-ahli PKR tahu akan tanggung jawab mereka masing-masing demi untuk menghadapi segala rupa bentuk taktik UMNO/BN dalam pilihanraya umum nanti, tegas Halik.

Kata Ketua Bahagian PKR Sepanggar itu lagi, kita perlu menyedarkan rakyat bahawa untuk memberi sekali lagi peluang kepada BN selama 5 tahun sebagai Kerajaan ianya adalah suatu penantian yang tiada penghujungnya, malah rakyat sangat menderita oleh tekanan-kanan hidup yang semakin hari semakin miskin dibawah kepimpinan Kerajaan BN dimana rakyat hanya menerima janji-janji kosong sahaja dari Kerajaan BN.

Kerajaan BN hanya menabur janji-janji palsu tapi tiada satupun pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang komited untuk menurunkan harga minyak, sara hidup rakyat, yuran sekolah dan memberikan buku tax, baju seluar dan kasut kanak-kanak sekolah secara percuma, perkara sebegini keperluan rakyat tidak pernah timbul dalam ceramah-ceramah mereka untuk membasmikan semua tekanan hidup rakyat secara komited kepada rakyat.

BN cuma membantu rakyat secara jangka pendek sahaja dengan membeli rakyat dengan rm 300, beras 20 kilo, kain batik sehelai, tangki air, pom air, papan 30 keping, beruti 30 batang, zink 30 keping dan plywood 20 keping tiap seorang, cukup kah untuk menampung kehidupan rakyat selama 5 tahun? Tanya Halik lagi.

Bila BN sudah menang pilihanraya umum, rakyat terus hidup seperti biasa dengan kemiskinan bukan sahaja miskin tegar tapi rakyat terus miskin betagar selama-lamanya terang Halik.

BN sama sekali tiada perancangan masa depan untuk membela kemiskinan rakyat seperti apa yang akan diperjuangkan oleh PKR untuk menurunkan harga sara hidup rakyat, menurunkan harga minyak,memberikan tax book percuma, seluar baju dan kasut percuma serta membantu rancangan-rancangan penanaman kelapa sawit untuk diagih-
agihkan kepada rakyat demi untuk masa depan rakyat dan jenerasinya, tegas Halik dengan penuh keazaman.

No comments: