Tuesday, December 4, 2007
Makan time bersama Dato' Seri Anwar..
Dato' Seri Anwar, Datuk Halik, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Hj Ansari Abdullah.
Dato' Seri Anwar bersama Bendahari Bahagian Sepanggar, sdr Azlanee Hamid
Datuk Nahalan Damsal, Hj Saidi Lampuh, Datuk Seri Panglima Dr Hashbullah Taha dan Datuk Hussin Wahid Dally
Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Halik Zaman
Dato' Seri Anwar bersalaman dengan sdr Nazim Abdullah, Naib Ketua Bahagian Sepanggar
Sekitar Ceramah Perdana Dato' Seri Anwar di Kinarut, Sabah
Tuan Hj Ansari Abdullah, Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Sabah.
Dato' Seri Anwar Ibrahim bersama-sama dengan Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Naib Presiden PKR
Antara hadirin yang hadir ke Ceramah Perdana bersama Dato' Seri Anwar di Kg Langsat, Kinarut, Sabah
Ceramah Perdana Dato' Seri Anwar Ibrahim di Kg Langsat, Kinarut, Sabah
Thursday, August 30, 2007
AJK Sepanggar akan di bekalkan 30 buah laptop
Setiap maklumat berhubung dengan kegiatan PKR akan disalurkan menerusi internet terus kepada AJK PKR Sepanggar, kata Datin Noor Diana Mohd Razis, ini adalah suatu langkah pembaharuan dalam PKR Sepanggar dan ianya sangat mudah untuk menyampaikan sebarang maklumat dari PKR Sepanggar kepada AJK Sepanggar atau sebarang kegiatan dari parti-parti lawan untuk ditangani.
Datin Noor Diana juga mengecam hebat kepada wakil rakyat UMNO Sepanggar YB Jainab yang mengabaikan tugasnya kepada rakyat Sepanggar selama 4 tahun jarang sekali melawat dan menangani masalah-masalah rakyat, hanya terdekat ini sahaja beliau rajin melawat kawasan Sepanggar kerana dengan niat mahu menawan lagi hati rakyat kembali manakala pilihanraya umum sudah diambang pintu. Sifat-sifat begini sudah menjadi tradisi dimana-mana sahaja wakil rakyat UMNO.
Beliau menambah, Parti Keadilan jika diberi mandat oleh rakyat untuk membentuk Kerajaan PKR, kami senantiasa mengambil berat tentang kemiskinan rakyat, menurunkan harga minyak, menurunkan bebanan sara hidup rakyat yang gagal dibendung oleh Kerajaan BN/UMNO sudah bertahun tahun BN/UMNO menerajui Kerajaan.
Bebanan berat kepada ibubapa untuk persekolahan anak-anak mereka terus memberi tekanan dengan pembayaran yuran tahun sekolah, beg sekolah, baju dan seluar serta kasut anak-anak mereka mesti dibayar baru lah anak anak mereka diterima belajar disekolah tersebut. Seperkara lagi paling menyedihkan bahawa anak-anak orang miskin dipaksa untuk membayar RM20 seorang kononnya untuk membiayai makan malam untuk merayakan hari kemerdekaan, patut kah anak-anak yang ibubapanya miskin dibebankan dengan RM20? Tidak mampu kah Kerajaan BN untuk menanggungnya? Tanya Datin Noor Diana lagi.
Barisan Baru Kepimpinan Wanita Bahagian Sepanggar
MATBW Sepanggar
Puan Suzie, Pengerusi Tetap Wanita Bahagian Sepanggar, Puan Hayati, Puan Hasnah, Puan Zuraidah dan Puan Normidah, Bendahari Wanita Bahagian Sepanggar.
Bertempat di Dewan Hayati II, Idaman Villa Resort, Petagas, 18 Ogos 2007, berlangsung Mesyuarat Agung Wanita Bahagian Sepanggar. MATBW Sepanggar telah dirasmikan oleh Puan Hjh Zuraidah, Ketua Wanita PKR.
MATBW Sepanggar juga telah dihadiri oleh Puan Hasnah selaku Setiausaha Wanita PKR, Puan Hayati selaku Bendahari Wanita PKR serta Puan Che Siti Sarina selaku Exco Wanita PKR dan juga merupakan Pemantau Mesyuarat berkenaan.
Tuesday, August 14, 2007
PKR Sepanggar Akan Adakan Konvensyen Pilihanraya
Thema konvensyen tersebut adalah membincangkan kertas kerja persediaan untuk menghadapi cabaran pilihanraya umum yang akan datang dan persediaan-persediaan yang perlu dikemaskini agar setiap ahli-ahli PKR tahu akan tanggung jawab mereka masing-masing demi untuk menghadapi segala rupa bentuk taktik UMNO/BN dalam pilihanraya umum nanti, tegas Halik.
Kata Ketua Bahagian PKR Sepanggar itu lagi, kita perlu menyedarkan rakyat bahawa untuk memberi sekali lagi peluang kepada BN selama 5 tahun sebagai Kerajaan ianya adalah suatu penantian yang tiada penghujungnya, malah rakyat sangat menderita oleh tekanan-kanan hidup yang semakin hari semakin miskin dibawah kepimpinan Kerajaan BN dimana rakyat hanya menerima janji-janji kosong sahaja dari Kerajaan BN.
Kerajaan BN hanya menabur janji-janji palsu tapi tiada satupun pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang komited untuk menurunkan harga minyak, sara hidup rakyat, yuran sekolah dan memberikan buku tax, baju seluar dan kasut kanak-kanak sekolah secara percuma, perkara sebegini keperluan rakyat tidak pernah timbul dalam ceramah-ceramah mereka untuk membasmikan semua tekanan hidup rakyat secara komited kepada rakyat.
BN cuma membantu rakyat secara jangka pendek sahaja dengan membeli rakyat dengan rm 300, beras 20 kilo, kain batik sehelai, tangki air, pom air, papan 30 keping, beruti 30 batang, zink 30 keping dan plywood 20 keping tiap seorang, cukup kah untuk menampung kehidupan rakyat selama 5 tahun? Tanya Halik lagi.
Bila BN sudah menang pilihanraya umum, rakyat terus hidup seperti biasa dengan kemiskinan bukan sahaja miskin tegar tapi rakyat terus miskin betagar selama-lamanya terang Halik.
BN sama sekali tiada perancangan masa depan untuk membela kemiskinan rakyat seperti apa yang akan diperjuangkan oleh PKR untuk menurunkan harga sara hidup rakyat, menurunkan harga minyak,memberikan tax book percuma, seluar baju dan kasut percuma serta membantu rancangan-rancangan penanaman kelapa sawit untuk diagih-
agihkan kepada rakyat demi untuk masa depan rakyat dan jenerasinya, tegas Halik dengan penuh keazaman.
PKR Sepanggar siapsiagah hadapi pilihanraya
Datuk Halik berkata, "Tujuan PKR untuk merampas Kerajaan dalam pilihanraya umum akan datang adalah setama-mata bertujuan murni untuk kepentingan rakyat demi untuk menurunkan kembali harga minyak, harga sara hidup rakyat dikampong-kampong yang kini begitu berat dipikul diatas bahu rakyat."
Halik menambah,"Anak-anak rakyat disekolah dibebani oleh tekanan-tekanan seperti yuran sekolah, baju dan seluar, buku-buku tax semuanya tertanggung keatas ibubapa yang tidak mampu memberikan biaya tersebut kepada sekolah-sekolah Kerajaan", tambah beliau lagi " UMNO/BN cuma bijak mengambil hati rakyat semasa dekat pilihanraya sahaja dengan memberikan rm300, sehelai kain, tangki air, pom air, mesin rumput, 20 kilo beras kepada rakyat, adakah pemberian tersebut boleh mencukupi kehendak rakyat selama 5 tahun menanti pilihanraya yang akan datang lagi?". Tanya beliau.
"Kalau ada wakil rakyat Sepanggar atau calon-calon UMNO/BN yang datang melawat anda dikampong-kampong dengan memberikan RM300, beras, pom air, plywood, papan, beruti, kain batik, mesen rumput dan segalanya, ambil sahaja tapi pastikan anda undilah pada calon-calon dari Parti Keadilan".Tegas Halik.
Bila ditanya mengenai kemasukan bekas Pengerusi PKR Perhubungan Negeri Sabah Datin Saidatul Tun Said keparti UMNO/BN baru-baru ini, Halik berkata, “PKR Sabah telah menjangka dan tidak mengejutkan dan adalah lebih baik beliau keluar dari PKR daripada menjadi musuh PKR dalam selimut.”
“Ketiadaannya dalam PKR sama sekali tidak akan menjejaskan PKR Sabah malah PKR akan bertambah kukuh dengan ketiadaan beliau yang dianggap selama ini beliau adalah sebagai duri dalam daging” kata Ketua Bahagian PKR Sepanggar itu lagi.