Tuesday, January 13, 2009

Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Sabah Yang Baru











PANDANGAN HALIK ZAMAN
Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Sabah Yang Baru


Dato Seri Anwar Ibrahim Ketua Umum PKR telah dilantik oleh Presiden PKR dan MPT untuk menjadi Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Sabah. Perlantikan tersebut bukan dikira sebagai satu privillege tapi ia benar benar merupakan satu responsibility. Tidak kira lah siapa yang menjadi Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Sabah, yang penting mereka mesti mempunyai karisma,wibawa, keterampilan dan tidak kurang mempunyai kemampuan.

Karisma, wibawa, keterampilan dan kemampuan 4 faktor utama ini mesti ada kepada seseorang Pengerusi Perhubungan PKR Negeri termasuk 3 orang Timbalan Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan Ketua Penerangan. 6 orang penting dalam barisan depan badan Perhubungan Negeri sebagai peneraju utama PKR disesebuah Negeri. 6 orang penting ini harus dipilih dari keluhuran peribadi, gaya hidup harian,kemahiran berpolitik, personaliti yang terbaik dan pengaruh grassroot yang kuat. Sabah bernasib baik dapat Pengerusi Perhubungan PKR Negeri yang lengkap berkarisma, berwibawa, berketerampilan dan berkemampuan seperti Dato seri Anwar Ibrahim. 3 orang Timbalan, Setiausaha dan Ketua Penerangan masih dalam delema. "Jangan sampai pilih pilih langsat terpilih pula yang lebih bangsat." Ini akan merugikan PKR dan Pengerusi yang berwibawa seperti Dato Seri Anwar Ibrahim yang cukup syarat. Memilih gandingan 3 Timbalan, Setiausaha dan Ketua Penerangan, Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Sabah mesti meneliti betul betul, bukan atas dasar ugutan, gertakan, merajuk, kasihan, jaga hati orang lama atau pilih kawan dan sahabat, tetapi mesti diambil kira pengaruh grassroot-nya, akhlaknya, personalitinya, kemahiran berpolitiknya, karisma, wibawa dan berketerampilan.

Pengundi akan membuat neraca barisan depan gandingan Dato Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi baru, akan mendapat mandat baru dari pengundi kiranya barisan depan Dato Seri orang yang dihormati oleh rakyat. Bila Dato Seri Anwar Ibrahim diberi kepercayaan oleh Presiden dan MPT selaku Pengerusi, tugas utama Pengerusi baru, bagai mana untuk mewarnai politik Negeri Sabah yang kelabu asap itu? Kalau DSAI masih lagi berperasan takut ugutan,gertakan dari seseorang yang tidak terpilih dibarisan depan, maka perubahan yang diamanahkan oleh Presiden dan MPT adalah tidak bermakna. Ketegasan keputusan Dato Seri Anwar dalam memilih gandingan barisan depan PKR di Sabah boleh mengubah corak dan warna politik PKR di Sabah.

HZ


Pilihanraya Kecil Kuala Trengganu


Dari tafsiran physcology, kalau kalah sahaja calon UMNO/BN di Kuala Trengganu, rakyat Kuala Trengganu pasti akan mendapat benefit yang paling besar sekali dari Kerajaan BN. Bila kalah sahaja calon UMNO dalam pilihanraya kecil Kuala Trengganu nanti, sudah pasti Najib akan mengarahkan satu, postmortem apa puncanya rakyat masih lagi merosot kepercayaan rakyat Trengganu kepada kepimpinan baru UMNO yang akan ditarajui oleh Najib selepas Mac tahun ini. Dalam postmortem kekalahan UMNO nanti, tentu lah berpunca dari harga kos hidup rakyat miskin melambung tinggi, walaupun minyak sudah turun tapi kemiskinan rakyat Trengganu tidak ada perancangan


Kerajaan BN untuk mendapatkan formula bagi membantu menaikkan taraf hidup rakyat Trengganu. Kalau pun ada perancangan Kerajaan BN tidak lebih dari membuat korrido multi media untuk orang orang kaya sahaja. Masalanya: Berapa orang kaya pengundi di Kuala Trengganu kalau dibandingkan pengundi orang miskin? Kalau kalah sahaja calon UMNO maka bantuan Kerajaan BN kepada rakyat Trengganu akan melimpah ruah untuk ambil hati rakyat Kuala Trengganu, pasti rakyat Kuala Trengganu akan jadi anak emas UMNO. Hanya semata mata untuk ambil hati sahaja. Najib sekali lagi meng-highlight-kan ada perpecahan dalam Pakatan Rakyat yang memberikan peluang besar kepada UMNO untuk menang pilihan raya kecil di Kuala Trengganu, tapi Najib lupa perpecahan besar dalam BN masih lagi kritikal, luka hati ahli ahli Parti Gerakan, ahli ahli MIC dan ahli ahli MCA masih belum terubat kerana pemimpin pemimpin UMNO yang selalu mencapkan mereka sebagai orang asing di Malaysia.


Pemimpin pemimpin UMNO meng-highlight-kan pasal harga minyak sudah murah, tapi kenapa mereka tidak cakap kepada rakyat bahawa harga minyak kelapa sawit dan getah menjunam turun pada hal kelapa sawit dan getah adalah mata pencarian rakyat miskin untuk hidup hari ini dan masa depan rakyat Trengganu? Pengundi rakyat Kuala Trengganu, kalau mahu penghidupan orang miskin berubah, jangan undi BN, kalau rakyat Kuala Trengganu undi juga BN maka Najib berpuas hati bahawa rakyat Trengganu sudah dapat terima calon BN kerana mereka sudah puas hati dan senang dengan bantuan Karajaan BN hari ini yang alah kadar itu. Ikut stail pengundi Permatang Pauh, kasih duit ambil, kasih bantuan zink, pom air, mesen rumput, kain batik/pelikat ambil sahaja, kalau Kerajaan bantu membina rumah rumah murah untuk rakyat Kuala Trengganu, ambil sahaja, apa sahaja yang diberikan oleh Kerajaan BN, ambil sahaja, tapi undi tetap pada calon PAS.


HZ


P/S - Tau tau PAS bisa buat kejutan.

Setinggi Ucapan Tahniah kepada YB Dato' Seri Anwar Ibrahim


Bahagian Sepanggar mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Dato' Seri Anwar Ibrahim di atas perlantikan beliau sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Sabah. Semoga semangat juang YB Dato' Seri Anwar mampu meraih lebih memperkasakan Parti KeADILan Rakyat di negeri Sabah. Tahniah daripada kami di Bahagian PKR P.171 Sepanggar, Sabah.

Mesyuarat AJK Bahagian Sepanggar - 11 Januari 2009




















Pada 11 Januari 2009, AJK Bahagian Sepanggar telah mengadakan mesyuarat AJK untuk bulan pertama di tahun 2009. Dalam mesyuarat ini kami telah menubuhkan tiga biro iaitu Biro Kebajikan, Biro Latihan/Program dan Biro Keahlian. Ketiga-tiga biro mempunyai fungsi tertentu untuk memperkasakan bahagian khasnya dan parti amnya.

Pengerusi Biro Latihan / Program - Sdr Daniel Rigay
Pengerusi Biro Kebajikan - Sdr Hassan Ahmad
Pengerusi Biro Keahlian - Puan Prisila Mosilon
Ketua Bahagian, Datuk Halik Zaman berharap ketiga-tiga biro mampu merealisasikan keperkasaan parti demi suatu perjuangan keadilan yang sejati.


Setiausaha Bahagian.

Tuesday, December 4, 2007

Makan time bersama Dato' Seri Anwar..


Dato' Seri Anwar, Datuk Halik, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Hj Ansari Abdullah.





Dato' Seri Anwar bersama Bendahari Bahagian Sepanggar, sdr Azlanee Hamid













Datuk Nahalan Damsal, Hj Saidi Lampuh, Datuk Seri Panglima Dr Hashbullah Taha dan Datuk Hussin Wahid Dally




Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Halik Zaman







Dato' Seri Anwar bersalaman dengan sdr Nazim Abdullah, Naib Ketua Bahagian Sepanggar





Datuk Halik Zaman, sdr Yassir, AJK Bahagian Sepanggar dan Dato' Seri Anwar.





Makan time.. bersama pemimpin-pemimpin PKR dan AJK Bahagian Sepanggar serta AMK Papar.

Sekitar Ceramah Perdana Dato' Seri Anwar di Kinarut, Sabah

Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR bersama-sama Datuk Halik Zaman, Ketua Bahagian PKR Sepanggar.

Tuan Hj Ansari Abdullah, Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Sabah.


Dato' Seri Anwar Ibrahim bersama-sama dengan Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Naib Presiden PKR

Antara hadirin yang hadir ke Ceramah Perdana bersama Dato' Seri Anwar di Kg Langsat, Kinarut, Sabah


Ceramah Perdana Dato' Seri Anwar Ibrahim di Kg Langsat, Kinarut, Sabah


Pada 3 Disember 2007, satu ceramah perdana yang dianjurkan oleh AMK Bahagian Papar telah diadakan di kediaman Ketua Bahagian PKR Sepanggar, Datuk Hj Halik Zaman di Kg Langsat, Kinarut, Jalan Papar Lama, Sabah.


Biarpun Dato' Seri Anwar tiba jam 9.15 malam, hadirin setia menantikan ketibaan beliau yang inginkan melihat pemimpin idola mereka secara dekat. Ceramah berakhir jam 11.15 malam.